Selamat Memperingati Maullid Nabi Muhammad SAW

0 Comments

Yang Muda Siap Mengabdi




Selamat hari Maulid Nabi Muhammad Solallahu ‘Alaihi Wassalam, 

Mengantarkan umatNya dari zaman kegelapan menuju zaman yang penuh dengan ilmu pengetahuan, tokoh perubahan penghancur zaman kebodohan, pujaan hati setiap insan, tiada teladan yang cocok menjadi teladan kan hanya engkau wahay suri tauladan, kebanggaan umat Islam. Nabi Muhammad SAW.


Tiada henti seruan pujian di corong masjid di penjuru-penjuru dunia menyebut namaMu, melantunkan dengan irama indah menghanyutkan jiwa. Tadinya yang badan ini diam, ikut bergerak mengikuti irama. Ratusan hingga jutaan jenis irama berbeda hanya berisi pujian kepada Mu. Pepohonan, ikan di lautan seluruh makhluk di dunia dan para malaikat pun ikut turut memujimu.


Ya Rosulullah,
Izin kan kami bertemu dengan Mu, menatap bola mata indah Mu, menatap wajah indahMu, menatap rambut indah yang tiada lebih indah dari rambut insan lain, mencium tanganMu, merangkulMu, memelukMu, Ah… walaupun hanya dalam bunga tidur ku. 

Selamat Maulid Nabi Muhammad SAW



BIODATA ROSULULLOH S.A.W

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalibs bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah
Abrahah yang menyerang kota Ka'bah)

Tempat lahir : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah. Nama bapak : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rosululloh SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).

 USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rosululloh SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

 USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rosululloh SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththolib.

 USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muththolib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Thalib.

 USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapak saudaranya, Abu Tholib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.

Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

 USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khodijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisaroh; lelaki suruhan Khodijah.

Baginda SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khodijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

 USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.

Pembinaan semula Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

Rosululloh SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

 USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hiro' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rosul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.

Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rosululloh SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnein, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.


ANAK-ANAK ROSULULLOH SAW

1. Qosim
2. Abdulloh
3. Ibrohim
4. Zainab
5. Ruqoiyah
6. Ummi Kalthum
7.  Fatimah Al-Zahra' Yang Muda Siap Mengabdi

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 Comments: